Wednesday 23 May 2012

miasara


Miasara
waktu pagi kau sinari hidup ini
bangun papa bangun mami
kau sebut di telinga kami
satu hari kau kan pergi
tinggal kami bersendiri
walau apa kan terjadi
kau tetap akan kami cintai

dari kecil tika baru mula langkah
sehingga dewasa kau melangkah gagah
papa sayang kamu kurang tidak pernah
malah makin tinggi dan tak pernah rendah
bila mana mama mu pergi sudah
tinggallah kita berdua sahaja
makin besarlah tanggungjawab papa
besarkan anak papa miasara
kehidupan papa tinggalkan saja
yang penting anak papa hidup sempurna
amanah yang ditinggalkan mama
papa pikul dan papa hadapi jua
papa rela berkorban apa saja
untuk lihat anak papa bahagia

ohh.. miasara tidur lah
kamikan bersama mu
dibuai mimpi nan indah
dan doa papa dan mama mu
tidur lah miasara
tidur lah miasara
tidur lah

miasara
yang pertama anugerah terutama
senyuman mu belai jiwa
pengubat hati yang lara
tuhan lindungi permata
selamatkan sentiasa
dari duka di dunia
akan kita hadapi bersama

kini kau mampu hidup sendiri
tidak perlu bantuan papa lagi
papa tahu mia boleh berdikari
tapi papa takut kisah lama kembali
biarlah yang lama berlalu pergi
yang pasti hadapan kita bersama tempuhi
papa yakin dan juga papa pasti
mama disana mesti tersenyum happy
bila mana anak papa kini
berjaya hingga ke universiti
papa pun terasa bangga sekali
apapun yang bakal terjadi nanti
anak papa sentiasa ada di hati  

rambut mu mata mu bibir mu hati mu
senyum mu tawa mu di hatiku selalu

ohh.. miasara tidur lah
kasihani mama mu
kerana dia menunggu
untuk bersama bapa mu
tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah

tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah miasara
hooo.. tidurlah

kredit kepada Afdlin Shauki OST Papadom

2 comments:

  1. ok, mula2 aku terbaca benda ni ala2 puisi, tp bila part bagun papa bangun mama tu bru teringat ni lagu miasara, haha

    ReplyDelete
  2. hahaha ni asal mmg lagu miasara cme ade 2 part yang aku tambah...rse mcm nak feeling2 jd ayah plak hehehehehe

    ReplyDelete