Thursday 19 April 2012

kenapa

kenapa ini harus terjadi
kenapa ini mesti begini
kenapa aku tidak menyedari
kenapa diri ini

setiap langkah gerak gerimu
terasa resah dirimu kaku
bila di sergah hati celaru
baru tergandah diri terpaku
intan di sisi kaca di seberang
intan sendiri kaca dipandang
setia berdiri walau dah terang
rasa di hati susah dibuang
mulut diam hati membisu
sejarah silam teringat selalu
didalam kelam mata disapu
rela dipendam dari ku tahu

kenapa ini harus terjadi
kenapa ini mesti begini
kenapa aku tidak menyedari
kenapa diri ini

masa berlalu hari berganti
lama membisu kini kembali
hati yang dulu kini diisi
siapa yang tahu jadi begini
tiba masanya hati diluah
diri tersa sangat bertuah
tapi tak lama niat berubah
bila terasa diri bersalah
ternyata kini sesal dijiwa
rata mencari rupanya dimata
bila menanti hati diminta
maaf diberi mengundang kecewa

sesal sendiri tiada berguna
berharap kembali pasti tiada
cuma diri ini berdoa sentiasa
pilihan hati bersama bahagia

Monday 9 April 2012

umi

sejenak aku teringat
disaat aku melihat
dunia Tuhan ku dapat
nikmati alam tersirat
jantungku berdegup cepat
tubuh ku dipeluk erat

diriku diangkat ringan
telinga di laung azan
tiada apa dalam fikiran
hanya suara memecah kesunyian
walau terdengar suara tangisan
dibibir terukir manisnya senyuman

peritnya rasa tiada tergambar
tibanya saat hati berdebar
mendidik diriku tiada sekadar
dari kecil sehingga besar
betulkan landasan jika aku tersasar
sentiasa memaafkan jika aku terkasar

dialah umi satu dalam dunia
dialah umi paling aku cinta
dialah umi tiada orang serupa
dialah umi kasih tiada bandingnya
dialah umi aku ingin kau tahu
aku sayang kamu

Sunday 8 April 2012

perjuangan

perjuangan yang kita lalui
penuh dengan onak dan duri
walaupun pelbagai ujian menimpa
akan tetap kita mengharunginya

perjuangan banyak hikmahnya
diredhai Allah jika baik jalanya
perlukan usaha sedaya upaya
namun ukhuwwah diperlukan jua

setiap langkah yang kita bina
punya semangat yang membara
menongkah dunia yang bergelora
untuk mencapai kejayaan kita

segala ujian yang melanda
bagai ombak meredah pantai
tidak kira saat masanya
tiba masa kan melanda jua

namun hanya satu jalan yang benar
bersama berjuang dijalan Allah
pertahankan kitab dan agamaNya
agar Islam sentiasa terpelihara

takdir

setiap detik yang berlalu
terpahat dikau dihatiku
mungkinkah kau menyedari
hatiku ingin memilikimu

apakah yang kurasakan
ada jua pada dirimu
mungkinkah selama ini
aku hanya bersendiri

bagai diri ini dalam kesuraman

hadirmu bagai kilauan permata
menawan hatiku ini
mengenalkan ku erti cinta
pada seorang bernama kekasih

Tuhanku aku bersyukur padaMu
kerna mengurniakan cinta padaku
namun jika ditakdirkan berpisah
diri ini terima dengan tabah

'adikku'

bermula kisahnya pabila
dirimu mula bertahkta
didalam diri bermaharajalela
berkuasa melawan segala

rasa yang dulu digelapi
dikelami oleh buruknya mimpi
sentiasa berlegar sehingga
tiada siapa yang dapat menganggarkanya
hanya tuhan sahaja yang bisa mengetahuinya

andai kata diri ini resah sentiasa
mungkin dirimu pengubatnya
hanya insan yang berada
sentiasa disampingku
membantu setiap langkah gerak geriku
hanya dirimu 'adikku'

kau yang pertama

pertama kali ku melihatmu
kurasakan kau beriku nafas baru
ini kerana pabila ku melihat wajahmu
tiada masalah melandaku

kurasakan diri ini terpaku
seperti berada di negara baru
yang pada waktu itu
sedang mengalami musim salju

alangkah bahagianya hidupku
jika kau berada disisiku selalu
tetapi tidak semudah itu
aku hanya mampu menunggumu

ku rasa perasaan ini hanya seketika
terhadapmu wahai jelita
kerana kau sudah berpunya
ku cuma terlewat sedikit sahaja

jika ku diberi peluang kedua
akan ku usahakan untuknya
supaya tercapai cita - cita
agarku bahagia sentiasa
bersamamu selamanya

gembiralah selalu

gembiralah selalu
kerana gembira akan menyenangkan hatimu
kerana gembira rianglah hatimu
kerana gembira terlindung kesedihanmu

gembiralah selalu
jika bersedih apa keuntunganmu
jika bersedih apa kelebihanmu
jika bersedih siapa akan menolongmu

gembiralah selalu
lumrah alam
jika bersedih tiada saiapa yang akan ambil tahu
jika gembira ramai yang akan mengelilingimu

gembiralah
jika tiada daya untuk melindungi kesedihanmu
hendaklah mengadu
mengadu pada Tuhan yang satu
hanya Dialah yang akan membantumu

kehadiran cinta

bertemu kita tanpa di sangka
berkawan kita dengan takdir yang Esa
tanpa di sedari hadirnya cinta
hanya antara kita berdua

tenangnya setiap perbicaraanmu
menghalang diriku dari memahamimu
setiap apa yang terucap
miliki maksud yang tersirat

hadirmu kedalam hatiku
membawa seribu kenangan
terpahat dikau dihati ku
walau kita jarang bertemu

kini kau kan hilang dimata
berjuang tuk masa hadapan
akan ku redha dengan ketentuan
yang tercatat didiari Tuhan

adikku

siang dan malam sering teringatkanmu
suka dan duka dikongsi bersama
hidupku sentiasa berteman
sejak kehadiran dirimu

bertapa aku menghargai
anugerah yng dikurniakanNya
terhadap diriku yang hina
seorang insan yang teristimewa

kau adikku
ku gembira tiapkali bersamamu
kau hilangkan resah gelisah dihati
kau penawar luka di kala hati sedih

alangkah bahagia hati ini
jika kau sentiasa di sisi abang mu ini
kan ku pohon pada Illahi
agar hubungan kita kekal terjalin...selamanya

air yang dicincang bertalu - talu
pastinya tidakkan putus
begitulah yang sering ku umpama
kasih antara adik dan diriku

duniaku cerah bersinar
dengan suka dan tawamu
ku bersyukur pada tuhan
dikurniakan adik sepertimu

rasa

usah kau siksa jiwaku lagi
usah kau mainkan perasaanku ini
hatiku ini disakiti
dengan sikapmu

cukuplah hanya sampai disini
kau permainkan hidupku ini
kiniku sudah menginsafi
kesilapanku

hati ini masih lagi mencintai
dan dirimu pun mengetahui
hakikatnya perasaanku ini
terhadap dirimu

tetapi dirimu masih lagi menafi
kehadirian diriku ini
yang masih setia menanti
hanya diimu

kau...sentiasa dibayangan
kau...sentiasa difikiran
kau...menguji kesabaran
cintaku padamu

kau...tetap jua menafikan
kau...masih lagi sembunyikan
kau...menempis kehadiran
cintaku padamu

lupakan aku

seringkali ini terjadi
mahu berkongsi siapa peduli
apa kemungkinan bakal tejadi
sendiri tanggung sendiri atasi

lupakan aku....

hatiku sering katakan mahu
tapi hakikat bukan begitu
setiap detik masa berlalu
bila terlintas rasa tertipu

pahitnya rasa menelan hakikat
sakitnya rasa hati tersekat
bila menanggung apa yang dilihat
apakan daya apa boleh buat

lupakan aku....

usah  lagi kau buat begitu
seperti memberi harapan padaku
sedangkan diri tidak menentu
masih mencari tentang sesuatu

aku rela hidup begini
menanti sesuatu tanpa dicari
biarkan masa brlalu sepi
sampai masa hatiku diisi

lupakan aku...

dari lubuk hati

kalau dulu aku berjalan berlari
kini aku merangkak meniti
kalau dulu dapat apa dicari
kini sukar aku genggami
jika dulu segala cubaan, dugaan, cabaran
dapat aku hadapi walau apa jua tentangan
sekarang semua itu tidak dapat aku rasakan
cuma aku hanya dapat berangan
kenyataan menjadi realiti
satu papan jadi satu titi
yang di depan boleh berlari
yang ke lapan mengekori
moga dapat mengumpul satu jiwa
yang punya satu rasa
tiada pecah bagi mereka
walau ribut datang melanda

kedudukan

hidup berdekat berlandaskan darjat
demi mengangkat juangkan martabat
mahu diri terasa hebat
segala kalimat mahu diangkat
apa di buat semua nak cepat
habis yang tenat duduk merempat
apa yang dapat hanyalah penat
semua pendapat habis didebat
buat muka ketat pun dia lipat
semua maklumat dia yang tepat
bila terlihat ada kelibat
dari bersikat dah berkilat
rupanya tempat sudah berkarat
sepatutnya erat tangan berjabat
rupanya liat lepaskan pangkat