Wednesday 23 May 2012

miasara


Miasara
waktu pagi kau sinari hidup ini
bangun papa bangun mami
kau sebut di telinga kami
satu hari kau kan pergi
tinggal kami bersendiri
walau apa kan terjadi
kau tetap akan kami cintai

dari kecil tika baru mula langkah
sehingga dewasa kau melangkah gagah
papa sayang kamu kurang tidak pernah
malah makin tinggi dan tak pernah rendah
bila mana mama mu pergi sudah
tinggallah kita berdua sahaja
makin besarlah tanggungjawab papa
besarkan anak papa miasara
kehidupan papa tinggalkan saja
yang penting anak papa hidup sempurna
amanah yang ditinggalkan mama
papa pikul dan papa hadapi jua
papa rela berkorban apa saja
untuk lihat anak papa bahagia

ohh.. miasara tidur lah
kamikan bersama mu
dibuai mimpi nan indah
dan doa papa dan mama mu
tidur lah miasara
tidur lah miasara
tidur lah

miasara
yang pertama anugerah terutama
senyuman mu belai jiwa
pengubat hati yang lara
tuhan lindungi permata
selamatkan sentiasa
dari duka di dunia
akan kita hadapi bersama

kini kau mampu hidup sendiri
tidak perlu bantuan papa lagi
papa tahu mia boleh berdikari
tapi papa takut kisah lama kembali
biarlah yang lama berlalu pergi
yang pasti hadapan kita bersama tempuhi
papa yakin dan juga papa pasti
mama disana mesti tersenyum happy
bila mana anak papa kini
berjaya hingga ke universiti
papa pun terasa bangga sekali
apapun yang bakal terjadi nanti
anak papa sentiasa ada di hati  

rambut mu mata mu bibir mu hati mu
senyum mu tawa mu di hatiku selalu

ohh.. miasara tidur lah
kasihani mama mu
kerana dia menunggu
untuk bersama bapa mu
tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah

tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah miasara
hooo.. tidurlah

kredit kepada Afdlin Shauki OST Papadom

Wednesday 16 May 2012

ubah


sudah lama tunggu kini tiba masa
kalau dulu renung kini aku rasa
tahan air dari mata aku tidak bisa
rasa diri kecil tidak macam badan sasa
hati kecil turut mula bicara
tidak sampai terkeluar dengan kata - kata
hanya mampu diam tanpa bersuara
moga diri lepas dari segala bencana

hidup dulu orang buat ada aku kisah
tapi kini kalau tinggal aku rasa bersalah
hari hari kalah lagi banyak dari hari tuah
baru kini aku sedar aku perlu mengalah
hati perlu ubah baru ada arah
hidup jangan terlalu dalam keadaan berserah
tak salah tapi diri perlu elak sebelum parah
moga moga hidup aku tidak terlalu pasrah

Monday 14 May 2012

dulu dan sekarang

hidupku dulu ceria
ceria juga gembira
hilang segala sedih dan alpa
dan kurasakan bertapa
banyak tempat untukku bercerita

sehingga ku kenali dirimu
kau mula muncul dalam hidupku
terasa inginku katakan padamu
ingin ku hampir denganmu
agar dapat ku ubati rindu
ku harap kekal bersamamu
tetapi silap andaianku
kau mula menjauhi diriku

mengapa kau hadir dalam diriku ini
kau telah membuatku menyedari
ku ingin mengubahnya kembali
seperti diriku sebelum ini
segala yang ku usaha selama ini
semuanya tidak menjadi
sehingga ku hilang kawalan diri
sehingga kurasa diri ini dibenci, dijauhi
besarkah dosaku sehingga diperlakukan sebegini
ku ingin ubah diri ini
sambil mencari cahaya nurani
pimpinku keluar dari masalah ini
ya Illahi

Friday 11 May 2012

bicara hati

hancur musnah jiwa ini
angkara katamu menusuk dihati
bagai hati yang merahnya cinta
dihiris sembilu tajam berbisa

kiniku sedih sepi menyendiri
tanpa ditemani sesiapa disisi
merawat pedih luka dihati
ku pasrah dengan ketentuan Illahi

senangnya dirimu mengucapkannya
walau kau tidak merelakannya
ku tahu apa yang tersirat dihatimu
tetap kau tekad meninggalkanku

bicara dalam hatiku
mengenangkan kisah yang lalu
kau ibarat bunga yang mekar
tetapi layu dalam hatiku

ku cuba sirami kembali
agar segar didalam hati
menyinari hidup diriku ini
dengan keredhaan Illahi

Thursday 10 May 2012

cerita baru


sekian lama memendam rasa
tiba masa terluah jua
hakikat dunia mengejar cinta
memenuhi rasa didalam jiwa

tidak terfikir ianya hadir
hendak diusir tiada anasir
bimbang juga disalah tafsir
apakan daya terserah takdir

bukan ditolak terima pun tidak
hati diselak tanpa penyelak
pendiriran ditegak tidak teragak
menanti tergerak hati terjinak

beralah


siapa betul siapa salah
kalau rasa betul aku rela mengalah
kalau keras takut jadi berbalah
sebelum kalah baik beralah
mengalah, tak salah
sama sama kawal diri
hati hati beri ruang pada diri
jangan sampai nafsu kawal hati
membenci, sesama sendiri
sama sama beri peluang
hidup bersama yang kusut dibuang
barulah tenang hidup tak bergenang
yang senang membantu yang susah dipegang
barulah dunia menjadi tenang