Saturday 30 June 2012

masalah dunia


sudah lama sepi kini diriku kembali
ayat ayat tradisi kini berkumandang lagi
sekali lagi kata terisi dalam puisi
tanpa irama puisi diisi diam menyepi
dibuka cerita dengan kisah satu orang
lama tak dengar cerita juga dipandang
tahu tahu terima kisah yang kurang senang
kerana ikut hati diri sendiri terbuang
hidup susah tak jadi masalah
kalau kita tak cari masalah
sentiasa ikut cara yang tak salah
barulah hidup sentiasa bermaruah
muka baik pun tak boleh nak kata
kalau hati budi pun ikut rasa
mula mula kenal salah sikit tutup mata
lama lama kenal salah sikit pecah muka
biar tiada harta tapi budi kaya
jangan sebab benda maruah dipersia
bila diri susah siapa nak tolong kita
apa boleh buat sendiri tanggung la der

No comments:

Post a Comment